Rabu, 12 September 2007

SEJARAH KOMPUTER

Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (atau atur cara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.
Sejarah Komputer
Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri.
Generasi Pertama ( 1942 - 1959 ) Zaman ini menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum) dan berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat dan lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara dan menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah. Contoh : • ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.• ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.• EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 ) • IBM 700 ( 1953 ) • IBM 650 ( 1959 )
Kelemahan Komputer Generasi PertamaTiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak serta sukar untuk mengawal suhunya. Bahasa yang digunakan merupakan bahasa mesin (machine language), yang menggunakan rangkaian nombor-nombor yang merupakan arahan-arahan yang diikuti oleh komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas. Disebabkan proses penggunaan nombor untuk menulis atur cara komputer, ini menyukarkan proses pengaturcaraan komputer tersebut. Pemprosesan datanya tidak tepat dan harganya mahal.
Generasi Kedua (1959 - 1964) Zaman ini menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas. Ia dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang dan keserasiannya terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain dan menggunakan pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja. Ia juga menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik. Ia lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.
Generasi Ketiga (1964 - 1970) Zaman ini menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon dan atur caranya lebih serasi. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan dan beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru ini dipanggil perkongsian masa dan bermulanya pemprosesan secara rawak dengan penggunaan cakera magnet. Ia lebih kuat, kukuh dan padat. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
Generasi Keempat (1971 -1999) Zaman ini menggunakan litar bersepadu berskala besar dan istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI). Ia menggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan. Cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM )) dan storan maya mula diperkenalkan, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan. Ini membuat ingatan komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini) Zaman sekarang lebih canggih, murah, pantas dan hebat daripada yang sedia ada dan berkemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia. Ia memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik. Ia dapat melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak. Ia Lebih cepat dan pantas untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan. Contoh : a. Pentium III b. Pentium III Xeon

Tidak ada komentar: