Telefon mudah alih konsep AIO
Sistem sambungan yang disediakan menerusi model terkini Nokia itu direka dengan rangkaian liputan Akses Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA) dan menyokong rangkaian sambungan seperti WLAN, EDGE dan WCDMA.
SYARIKAT Pengeluar telefon mudah alih terkemuka dunia, Nokia memperkenalkan telefon mudah alih berasaskan komputer multimedia semua dalam satu (AIO) - N95, dengan menampilkan ciri unik berkonsepkan gelungsur dua arah.
Pengenalan teknologi seumpamanya juga membawa konsep AIO ke satu era baru apabila ia turut dilengkapi fungsi sistem penentu global (GPS) dan kamera lima mega piksel.
Ia juga disokong rangkaian sambungan mudah alih kapasiti tinggi bagi membolehkan menonton dan merakam video, mendengar lagu, mengambil gambar, serta pelayaran internet menjadi lebih efektif.
Ia juga disokong rangkaian sambungan mudah alih kapasiti tinggi bagi membolehkan menonton dan merakam video, mendengar lagu, mengambil gambar, serta pelayaran internet menjadi lebih efektif.
MODEL BARU: N95 disokong rangkaian sambungan mudah alih kapasiti tinggi bagi membolehkan menonton dan merakam video, mendengar lagu, mengambil gambar, serta melayari internet.
Inovasi konsep gelungsur dua arah itu memudahkan pertukaran antara mod daripada membaca peta kepada menonton video hanya dengan mudah serta ringkas tanpa perlu menekan butang lain, tetapi sebaliknya menerusi sistem gelungsurnya.
Menarik lagi apabila model terbaru Nokia itu mempunyai paparan bertenaga bagi memudahkan pencarian ciri dan perkhidmatan tertentu dalam memenuhi kehendak tugasan pemiliknya.
Pemilik N95 juga boleh melakukan tugasan carian tempat menarik dengan lebih mudah menggunakan ciri GPS dilengkapi peta 100 negara dan 15 juta lokasi bagi membantu pengguna yang sering menjelajah.
Pemilik N95 juga boleh melakukan tugasan carian tempat menarik dengan lebih mudah menggunakan ciri GPS dilengkapi peta 100 negara dan 15 juta lokasi bagi membantu pengguna yang sering menjelajah.
Menerusi model terbaru Nokia, penggunanya boleh membuat carian lokasi tempatan yang menarik untuk dilawati seperti lokasi makanan popular, bangunan menarik, malah pemiliknya dapat menyimpan maklumat dalam telefon mudah alih komputer multimedia itu.
Aplikasi yang disediakan bagi ciri GPS itu membolehkan penggunanya mengesan lokasi mereka untuk memudahkan perancangan perjalanan dan tempat menarik di sekitarnya.
Kamera telefon adalah ciri gabungan bersepadu yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna global yang mahu memilik produk komunikasi moden pelbagai guna.
Bagi model N95, nokia mempunyai kamera lima mega piksel Carl Zeiss optik yang dapat merakam gambar lebih berkualiti dan klip video kelas DVD serta sesuai disambung kepada peralatan televisyen yang disokong menerusi teknologi guna dan pasang (UPnP).Sistem sambungan yang disediakan menerusi model terkini Nokia itu direka dengan rangkaian liputan Akses Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA) dan menyokong rangkaian sambungan seperti WLAN, EDGE dan WCDMA.
Paparannya pula, menampilkan sistem hiburan bertenaga apabila ia dihasilkan dengan berasaskan kombinasi paparan 2.6 inci QVGA 16 juta warna, 3D grafik dan sistem stereo kesan 3D.
Model itu beroperasi berasaskan perisian S60, sistem operasi yang menyediakan pelbagai pilihan aplikasi memudahkan muat turun bagi aplikasi seperti permainan komputer dan navigasi.
INFO N95 Rangkaian sambungan: HSDPA / GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 Dimensi: 99 x 53 x 21 milimeter, 90cc Berat: 120 gram Nada deringan: Poliponik (64 siaran), Monoponik, Nada sebenar dan MP3 Slot kad memori: microSD (sehingga 2GB), hot swap termasuk kad 128 MB dan memori dalaman 160MB. Pelayaran: WAP 2.0/xHTML, HTML Warna: Perak
Tidak ada komentar:
Posting Komentar