Sabtu, 03 November 2007

Interaksi Manusia Dengan Komputer (IMK)

Pengenalan
Secara umumnya,antaramuka adalah kaedah untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan sistem.Mereka bentuk antaramuka boleh menjadi satu aspek yang kritikal di dalam pembangunan sistem kerana:
i.Antaramuka adalah apa yang terlihat oleh pengguna.
ii.Rekabentuk yang efektif adalah mengikut disiplin yang ditentukan didalam Interaksi Manusia Komputer yang menggabungkan teknik psikologi dan ergonomik dengan sistem komputer.Reka bentuk antara muka yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti:
i.objek yang sama dikekalkan walaupun pada bahagian berlainan.
ii.setiap tindakan mestilah ada tindakan balas atau maklum balas.
iii.mempunyai kebolehan untuk pulih daripada kesilapan dan
iv.pengguna mempunyai kawalan ke atas antara muka.






Grafik dalam Antara Muka

Membaca dan menterjemah maklumat yang mengarahkan pengguna bagaimana untuk menggunakan sistem.Antara muka yang baik dengan perwakilan grafik yang dapat membantu pengguna dalam menjangka dan memahami fungsi dan sesuatu perwakilan tersebut adalah sangat-sangat diperlukan.Merujuk Rajah 1,adalah diantara contoh perwakilan operasi “print” atau cetak yang menggunakan gambar pencetak yang mana bagi menyatakan fungsinya.Belbagai perwakilan grafik digunakan untuk mewakilkan objek sebenar ke atas paparan komputer.Ia dapat membantu pengguna dalam menjangka dan memahami fungsi sesuatu perwakilan.

Ada dua jenis perwakilan bergambar iaitu:
a.Perwakilan 2 D

b.Perwakilan 3 D atau 3 dimensi.
Diketahui perwakilan dua dimensi mudah dibuat berbanding dengan tiga dimensi.
.Saiz dapat memberikan jarak objek yang sama bentuk berada dari pengguna.
.Interposisi atau tindanan yang mana mengambarkan satu objek berada di hadap an berbanding objek yang berdekatan.Dari sudut penjelasan,kecerahan dan perbezaan warna sesuatu objek dapat memperlihatkan berlakunya perbezaan jarak.
Di mana objek yang jauh akan terhasil penglihatan yang kabur dan berwarna cerah.Manakala objek yang dekat nampak jelas mahupun dari segi warna,bentuk dan strukturnya.







Kesan perbezaan,penjelasan dan kecerahan objek terhadap
penglihatan

Kesan bayang-bayang ke atas posisi objek juga boleh menampakkan
sesuatu objek itu seakan objek yang sebenarnya.







Kesan bayang-bayang ke atas posisi objek
.Dalam animasi, bila menggunakan pergerakan objek untuk ke lihatan lebih menarik dan cantik.Objek yang berada di hadapan akan bergerak laju relatif kepada objek yang berada di belakang yang pertama tadi.







Kesan jarak objek terhadap animasi
.Stereoskopik adalah keadaan di mana objek di lihat seperti menjurus kesuatu titik.








Stereoskopik
Bunyi dan pendengaran
Tujuan bunyi digunakan adalah untuk mendapatkan perhatian,memberikan amaran dan sebagai maklum balas kepada pengguna.Kebanyakan bunyi yang diguna pakai adalah berbentuk muzik atau bentuk suara percakapan.Bunyi adalah sebagai pelengkap antara muka visual yang piawai.Bunyi yang digunakan seharusnya sesuai dan mempunyai perbezaan yang nyata dan tidak membosan pengguna.
Sentuhan
Bagi pengguna yang kurang upaya ini mereka mempunyai deria sentuhan dan pendengaran yang sangat sensitif.Walau bagaimana pun sentuhan tidak meluas diamalkan dalam situasi interaksi manusia dengan komputer.








Skrin Sentuhan
Pemilihan penggunaan antara muka bergantung kepada banyak faktor yang dikaji.Di dalam merekabentuk antara muka yang baik,antara faktor yang penting adalah:

a.Menyelidik latarbelakang penggunaLatarbelakang pengguna memainkan peranan penting memandangkan mereka adalah pengguna akhir sistem yang telah dibangunkan.Pemilihan antaramuka perlu bersesuaian dengan semua aspek berkaitan dengan isu kepenggunaan.Isu ini termasuklah umur,pengetahuan komputer,pengalaman dan kepakaran,keperluan,janti na dan sebagainya

b.Penggunaan warnaPenggunaan warna sebagai mewakili mesej tertentu sering digunakan.Contohnya,menggunakan warna merah sebagai tanda amaran atau menunjukkan kesilapan.Ciri ini mungkin boleh diaplikasikan dan diterima konsepnya.Tetapi,perlu diingat bahawa ada segenlintir manusia yang tidak dapat membezakan warna-warna tertentu.Manusia biasa hanya boleh membezakan dengan tepat 8-10 warna saja.Biru sesuai dijadikan warna latar belakang,terutama jika paparan bersaiz besar.Sementara warna-warna sejuk seperti biru dan hijau menyebabkan sesuatu objek itu kelihatan jauh .

Bagi pengguna yang menghadapi buta warna mereka ini tidak dapat membezakan warna merah dan hijau.Oleh yang demikian pereka antara muka seharusnya tidak menggunakan warna berkenaan untuk golongan ini.Manakala pula pengguna yang sudah berumur atau orang tua mereka tidak sensitif kepada warna biru pula..Oleh itu dengan paparan monokrom dua warna hitam dan putih adalah amat sesuai.

Penggunaan warna monokrom untuk orang-orang tua.

c.Kecerahan
Kesesuaian antara muka perlu diselaraskan dengan kekerapan penggunaan.Paparan yang terlalu terang menyebabkan pengguna boleh nampak imbasan kilauan.
d.Menyediakan maklum balasMaklum balas atas segala tindakan perlu telus dengan pengguna.Maklum balas ini boleh dilaksanakan dalam berbagai bentuk seperti paparan visual,audio atau kotak dialog.Misalannya,pengguna memilih untuk menyimpan dokumen.Pengguna perlu tahu status semasa dan apakah yang sedang dilakukan sistem setelah pemilihan di buat.Maklum balas penting kerana tanpanya,pengguna akan merasa keliru dan jika maklum balas yang diberikan tidak tepat,maka pengguna akan melakukan kesilapan lagi.
e.Susun Atur Maklumat pada paparan
Jika pengguna sukar mengesan di manakah dia berada,ataupun bagaimana untuk keluar dari paparan semasa,kita mungkin tidak menyediakan laluan navigasi yang berkesan.Reka bentuk antara muka yang baik bagi pengguna mencari maklumat adalah seperti di bawah ini:
.Tidak mempamerkan terlalu banyak maklumat.
.Tidak mempamerkan terlalu sedikit maklumat.
.Maklumat berkaitan dikumpulkan dalam satu kumpulan.
.Susunan yang bermakna.
.Maklumat yang penting berada pada bahagian utama.
.Maklumat kurang penting berada pada bahagian lain.
.Bahagian yang tidak aktif disembunyikan.
Kesimpulan
Di dalam mereka bentuk antara
muka,gunakan ciri-ciri antara muka yang baik berdasarkan prinsip yang telah dikaji oleh pakar di dalam bidang antara muka pengguna.Setiap sistem yang sudah dibangunkan perlu disediakan manual sebagai panduan pengguna sama ada panduan teknikal atau panduan penggunaan biasa.Jika kita berjaya menghasilkan antara muka yang baik,pengguna akan dapat menggunakan sistem dengan lebih cepat dan meninimakan proses pembelajaran.Penilaian antara muka harus dilakukan bersama-sama dengan pengguna akhir.Melalui proses ini,pengguna dapat memberi komen dan cadangan bagi memperbaiki antara muka semasa.

Tidak ada komentar: